Sunday, July 1, 2012

Badar Oh Badar

( Bismillahirahmanirahim ) 

Di kala zaman pancaindera kini . amanah semakin menimbun tinggi . di kala umat manusia leka dengan nikmat duniawi yang mengaburkan mata manusia di segenap penjuru dunia . aku di sini ingin mnyeru marilah bersama-2 kite bangkit dari tidor. dan mnyedari akan kesalahan-2 kite yg kite lakukan . ingatlah ALLAH sentiasa memerhati kita walau dimana-2 . ingat tu . be more alert . even sebok sekalipon . banyak jawatan ke , korperat ke , jutawan ke , x kire kite tetap same disisi ALLAH . kembali ke tanah juge , xde manusia yang berbeza , semuanye same , ingatlah ALLAH sentiase bersama dengan orang2 yang bersabar . 

ngin aku kongsikan sedikit coretan ilmu sebagai memenuhi tuntutan untuk berdakwah sesame manusia , seperti yang termaktub dalam hadis RASULULLAH mafjumnye " sampaikanlah dari aku walau satu ayat " . jadi same-2lah kite renung-2kan .dan selamat beramal .. ^^

PUISI BUAT HAWA

Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.




Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.



Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.



itu saje untuk hari ini . moge=-2 sape yang dtang blog ni . dapat ambil input2 penting ye . tengs for your support to me . ang assalamualaikum . meh same2 kite dengar lnasyid ni ,^^

Wahai kaum hawa bangkitlah ^^ 










0 comments:

Post a Comment

Ya Allah , Semoga Pemilik Blog Ini Cemerlang Dunia Dan Akhirat . Amin .