Sunday, September 16, 2012

trauma trial SMA !

assalamualaikum 

selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.a.w . ha hari ni aku stroy pasal aku punye trial exam . haha . aku rase semangat sngat nak amik trial ni . walaupun trial da habis en ? , tapi x taw lah mcm mane aku dapat semangat nak amik trial ni . ^^ . mase up2 aku main2 gyler . sampai xde yg lulus pun . sedih la jgak , pengetua pun warning ." bersemangatlah sikit nak amek pekse SMA ni " haha . aku tercabar ngn kate2 die , haha , semngat gyler aku biler kuar dari pejabat die . ^^ 



haha aku rase cmni la muke aku mase pekse . tapi aku rase bosan bile amek pekse ni sbab asyik habis awal jeh . tgok jam lagy 1 jam , huh , aku x kate la yang aku ni pandai sangat , haha . aku harap pekse aku tahun ni x down sangat la .sbb lagy 3 minggu je lagy nk pekse akhir tahun ,. emm . doakan aku ye kawan . ^^ tengs pade sape yang bace aku punye entry ni . moge korang doakan aku untuk berjaye dunia dan akhirat . amin2 ! akhir kate doakan aku untuk SMA ni dan pekse akhir tahun ye . ^^


ha ni aku nak kongsi sikit ~ 


INGATAN BUAT HAWA




Wahai Hawa, 


Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya ? dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? 



Wahai Hawa, 

Sedarlah..Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. 





Tapi hawa.. 

jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! 



Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH. 



Hawa, 

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya. 








Wahai Hawa, 


Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. 



Hawa, 
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. 



Tetapi hawa, 

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhramnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... 





Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga. 



Hawa , 

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.



ni video unntuk muhasabah ,^^ moga kaum hawa trus diberikan hidayah dari ALLAH 

0 comments:

Post a Comment

Ya Allah , Semoga Pemilik Blog Ini Cemerlang Dunia Dan Akhirat . Amin .