Sebelum aq balik asrama . Hati ini asyik meronta-ronta nak mengupdate ilmu buat rakan seperjuangan . Semoga dengan ilmu ini kita makin dekat dengan ALLAH . Amin in shaa allah . Semoga ilmu ini bermanfaat buat kalian semua .
" BERCINTA SEBELUM NIKAH: APA KATA ULAMA' SEDUNIA ? "
" Ada yang kata 'bercinta' boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni ?"
" Ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin boleh. Betulkah ?"
" Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin, Ada yang sebaliknya. Mana satu?"
Maksud 'Bercinta' Sebelum Nikah
Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini, eloklah kita menyelesaikan maksud 'bercinta' dalam perbincangan ini. Boleh jadi maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua .
Antara puncanya ialah, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa tinggi. Manakala tulisan dakwah lebih selesa menggunakan bahasa yang deat dengan masyarakat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadangkala timbul dilema.
Kamus Dewan, Edisi Empat (2007) memberi definisi 'bercinta' itu ialah :
- Menaruh rasa cinta atau berahi
- Berasa rindu
Begitu juga dalam Kamus Lisaanul Arab
Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci masyarakat akan menamakan seseorang ini 'bercinta' apabila :
- Terlalu kerap SMS pasangannya walaupun tiada keperluan
- Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan
- Selalu mengatur pertemuan walaupun tiada mahram
- Berpegangan tangan
- Membonceng motor bersama
- Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi
- Keluar tengok wayang bersama-sama
- Keluar menyanyi dan menari
Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai 'bercinta-cintaan' . Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita . Mereka lebih senang menyebutnya sebagai 'bercinta' kan ? . Setuju?
Manakala perbuatan menjalin hubungan menjalin hubungan cinta kasih dengan teman lelaki dan wanita diistilahkan oleh Kamus Dewan sebagai 'berpacaran' . Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dalam lagu adalah. Istilah 'berpacaran' lebih popular di Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai 'bercinta.'
Jadi apa sebenarnya makna 'bercinta'?
Mengikut 'manhaj' para ulama'yang bijaksana makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasaran hakikat atau inti pati benda yang dinamakan itu . Kaedah menyebut, "Al-ibrah bilmusammayaat laisat bil asma' ." Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama
Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.
Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti 'hotdog' . Namun hakikatnya baik iaitu, daging yang enak. Maka 'hotdog' dikira baik sebab hakikatnya baik. Contoh yang lain, andai sesuatu perkara yang lafaznya baik seperti 'bunga' dan 'faedah' . Namun hakikatnya 'buruk' atau 'riba' . Maka 'bunga' atau 'faedah' dikira buruk sebab hakikatnya buruk.
Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti 'bercinta' . Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz 'bercinta' itu dengan memahami sebagai hakikat 'berpacaran'
Maka, 'bercinta' yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah, jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.'Bercinta' yang dimaksudkan dalam perbincangan iniialah inti pati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya lebih menghampiri fitnah ?
Al-Imam Hassan Al-Banna apabila ditanya tentang hukum 'bercinta', beliau memberikan jawapan yang bijaksana, Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau, "Bercinta secara halal itu halal, Bercinta secara haram itu haram," Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram
P/S : Dipetik dari lampiran istimewa "Cinta High Class" karya Fatimah Syarha bersama suaminya
Nice entry :) moga brguna utk sume . Btw i like the first pict
ReplyDeleteterima kasih . Moga bermanfaat untuk kalian #jazakallah
Deletemenurut perspektif Hilal Asyraf : Cinta itu adalah kita mahu masuk ke dalam SYURGA bersama insan yang kita mahu katakan 'saya citakan awak'.
ReplyDeleteMaknanya di sini, sekiranya kita benar-benar cintakan seorang wanita, jadikan perasaan cinta itu sebagai suatu perasaan yang mampu mengukuhkan lagi dasar cinta terhadap pencipta cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Dalam erti kata lain, kita menguatkan lagi rohani kita di samping membina peribadi muslim yang sejati.
eheh,sekadar berkongsi. :)
agreed with amen . tengs amen bw here :) aku lawat ko pulak
Deletekomen skali! :D
ReplyDeleteokayy :)
Deletesalam jom join segmen nie...hadiah menarik :)http://kacangsebuncis.blogspot.com/2013/06/1-st-parody-games-u-ndang-2-parody.html
ReplyDeleteokay . In shaa allah . :) tengs jemput .
DeleteHaa, takperasann pun yg CREDIT TO, heheh thanks !
ReplyDelete